Want your
own Fotopage?








 
My life...my cooking...my way....

By: Sha Za

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Jan-2010 02:00 Email | Share | Bookmark
Roti Jala Kari Ayam

 
 
 
Ni untuk Sue yang rajin terjah fp akak. Tima kasih ye Sue....Ambiklah hadiah maya yang tak seberapa ni...Yang bestnya Sue...gambar ni tak cedok kat mana-mana, snap sendiri tau....



Sebenarnya dah lama benar nak makan roti jala ni. Kat pasar malam jual 5 keping RM2, dapat sikit kuah ayam tak berisi. Orang macam I ni kena kira 7 mulut yang nak makan. Dan ada sesetengah mulut tu....boleh masuk 10-12 keping jugak... jadi kalau nak beli, boleh kempis poket...

Dulu I rajin buat roti jala dalam sauce pan lama tapi entah pasal apa, lama-lama adunan melekat pulak. Mulalah naik fed-up. Pastu I beli pan leper yang harganya RM15. First time guna, ok ja..., tak melekat pun. Bila kali ke-2 buat, melekat pulak dah...Itulah hubby I dok bising, katanya pasal tu la orang dulu-dulu reka pepatah alah membeli menang memakai Akhirnya pan leper tu cuma guna masa buat burger saja...

Baru-baru ni I teringat kuali non-stick yang mak I hadiahkan masa birthday I last year, baru bersemangat nak buat roti jala ni....Kuali non-stick tu harganya RM199 you....kalau melekat jugak....I sanggup pi cari manufacturer tu.....

By the way....thanks to my mom ...kalau harapkan I, jangan mimpi I nak beli....I jarang buang duit untuk benda-benda lain melainkan gadget bakery dan benda-benda makan je...(not sure whether my hubby is proud of having a wife like me...) The other day, I dapat satu set pinggan Arcopal dari France yang harganya 4 angka jugak dari my mom.....selamat...selamat...( actually display cabinet dia dah penuh tu...)

Nak touch up gambar dengan hiasan menarik, takda idea, letak daun kari saja....



ROTI JALA

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

- Campur semua bahan di atas hingga sebati dan tidak berketul, tapis adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair, kalau nampak cair, tambah sedikit tepung. Cukup setakat mudah nak "menjala".
- Tutup dan simpan setengah jam, kemudian baru dijala menggunakan acuan di atas pan leper yang disapu minyak. Gunakan api kecil.
- Titikkan sikit minyak guna daun pandan (potong 5-6 helai daun pandan, ikat macam berus kecil )
- Bila tepung masak, ( lebih kurang 1 minit ), angkat dan lipat tiga segi.

KARI AYAM

Bahan A

1 ekor ayam - potong 16 ( I prefer ayam dipotong kecil kalau makan dengan roti jala )
5 biji kentang - potong 4

Bahan B

3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari

Bahan C - mesin halus

5 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia

Bahan D

1 cawan santan pekat
1 kiub pati ayam Maggi
3 sudu besar air asam jawa
garam secukup rasa

sedikit minyak masak
2 peket rempah kari - campurkan secawan air, kacau rata
2 cawan air atau santan cair

- Panaskan minyak, masukkan bahan B hingga terbit bau, kemudian tambah rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Tunggu sampai pecah minyak, masukkan pula bahan C. Kacau rata dan biar menggelegak hingga rempah masak.
- Tambahkan air/santan cair dan kentang. Bila kentang separuh masak, masukkan ayam. Gunakan api sederhana sampai ayam masak.
- Masukkan bahan D. Biar menggelegak dan pekat sikit sebelum tutup api.

Quote:
- Kari ayam untuk makan dengan roti jala seharusnya pekat dan kurang santan....
- Sesetengah orang tak masukkan santan tapi I kena bubuh sikit sebab.... nanti pedas sangat dan tak sesuai untuk anak-anak makan.
- I tak guna acuan roti jala yang biasa, pasal tu roti jala nampak lain sikit....
- Lepas buat yang pertama, I simpan baki adunan roti jala dalam peti sejuk dan sambung buat lepas 5 jam. Masa tu lebih senang nak menjala. Kalau pekat sikit, boleh tambah sikit air.
- Biasanya kari lebih sedap kalau dibuat awal sehari.
- Untuk makan dengan nasi, kari ayam I akan ditambah 1 sudu kerisik, 1 biji tomato yang dibelah empat dan 3-4 biji cili hijau


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net