|
|
| Thursday, 30-Sep-2010 11:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Kuih Raya Part 1 & Makan-makan Aidilfitri
|
|
Memandangkan Syawal dah hampir sampai ke penghujungnya, maka Sis buat cepat-cepat entry ni…pasal nanti kalau cerita lepas raya, tak la seseronok bercerita dalam musim raya. Kali ni Sis nak bercerita bab kuih raya…..
Kalau rumah orang lain, kuih raya teratur saja atas meja di pagi raya, rumah Sis lain ceritanya…Dah 2 tahun macam ni...Tahun lepas hubby Sis dah merungut, bukan apa, kesian kat budak-budak. Tahun ni pun masalah yang sama, bukan kerana perancangan masa tak betul, sebaliknya ada masalah peribadi lain yang Sis malas nak bercakap di sini kerana tak mahu mengaibkan mana-mana pihak…..
Berbalik pada kisah kuih raya tadi, tahun ni Sis cuma ambik sikit tempahan, hanya dari beberapa regular customer. Kerana si Boo Boo ni dah mula pandai buat “tinjauan dan pemantauan” di dapur, maka aktiviti Sis terhad sikit, so Sis tak berani nak commit, takut tak sempat. Lepas Sis siapkan semua tempahan orang, Sis pun mulalah buat tempeyek atau rempeyek atau tumpi, entah mana yang betul, ini kononnya persediaan raya Sis yang pertama. Kalau tak silap, Sis buat 10 hari menjelang Syawal. Memandangkan kami sekeluarga suka makan, maka Sis berusaha membuatnya. Tak adalah susah sangat. Sis ambik resepi dari blog Mat Gebu tapi rasanya ketumbar biji tu kena kurangkan sikit…Dapatlah 3 bekas lepas menghabiskan hampir 3 jam menggorengnya. Sebekas Sis bagikan pada mom-in-law Sis dan 2 bekas lagi untuk Sis. Walaupun tak la cantik tapi Sis bangga pasal dapat “menguasai” sesuatu yang baru….Sayang sekali, tempeyek ni habis dalam masa seminggu, habis semua pulak tu…..
Lepas buat tempeyek, lagi 9 hari nak raya, Sis buat Samperit Bunga ni. Ini favourite anak-anak, sorang adik dan juga bonda Sis. Resepi ni Sis reka lepas berpuluh-puluh kali melalui trial & error process. Yang bestnya ialah biskut ni cair dalam mulut dan wangi pasal banyak guna tepung kastard. Acuan ni kesayangan Sis kerana Sis tak jumpa lagi jenis corak ni lepas bonda Sis beli kat Sis 3-4 tahun lepas. Acuan ni tak sama saiz samperit atau Biskut Dahlia yang biasa, so biskut yang dihasilkan pun comel ja…
Sis jual biskut ni dalam balang 150 biji pasal saiznya yang comel….
Dari resepi Sis, maka terhasil lebih kurang 110 bij….Yang ni lagi sempoi, licin dalam masa 24 jam dikerjakan anak-anak….Maka rumah masih tak berkuih raya, sedangkan Syawal tinggal 7 hari saja lagi…….
Almond London….dibuat sehari sebelum raya…
Cashew-Oat Cookies juga dibuat sehari sebelum raya…
Rona-roni Cornflakes Cuppies…yang Sis rasakan cute....
Alkisahnya pagi raya Sis sedekahkan 2 jenis biskut kepada mom-in-low Sis, Almond London & Cashew-oat Cookies kerana Sis tak sempat buatkan kuih untuk dia. Maka yang tinggal hanyalah Rona-roni Cornflakes Cuppies pada pagi raya tapi tak kisahlah kerana takda sapa yang berkunjung ke rumah Sis dan kami sekeluarga juga menghabiskan masa di rumah mom-in-law sepanjang hari…
Sebiji Chiffon Oren yang mom-in-law minta Sis buatkan untuknya. Sis buat pagi-pagi raya….
Hari raya ke-6, adik Sis request nak makan Mee Kari. Boleh dikatakan ini trade mark Tuan Rumah setiap kali raya….Bukan la open house, cuma memenuhi permintaan adik Sis yang bawa keluarganya beraya ke rumah. Maka Sis buat apa yang termampu…
Kek coklat yang jadi tumpuan dan rebutan…tinggal sepotong baru Sis teringat nak ambik gambar…
Nasi Impit…
Rendang daging yang Sis kacau hingga kering kononnya nak buat popia mini inti serunding…..Tak sempat simpan dah habis….
Lepas seminggu raya Sis teringat nak makan biskut ni…Cheesy Almond Cookies yang adunannya dicampur parmesan cheese dan sliced almond yang dihancurkan…Pastu Sis taburkan grated cheddar cheese dan blue poppy seed di atasnya…Sis memulakan projek ni awal pagi…Semerbak harum bau cheese bakar memenuhi ruang udara rumah seawal jam 7 pagi….
Award tertunggak yang sepatutnya Sis masukkan dalam entry sebelum ni....Nurul cakap kerana kita masih dalam bulan bermaafan, maka dia maafkan Sis...alhamdulillah, sempat jugak Sis siapkan dalam bulan Syawal....
Entry terbaru pun sempat dia "ragut" jugak....Habis la Sue....kalah di tangan Nurul pulak....Sebelum ni kalah kat Nani.....
| Quote: | SEMUA NI SIAP DALAM MASA KURANG DARI 24 JAM????
Next entry, Sis nak cerita pasal kuih raya edisi lepas raya....Jangan taktau...Sis siapkan 700 biji kuih kat bawah ni dan 2 biji kek serta Baby Bread Pudding ni dalam tempoh kurang 24 jam.. Believe it or not? YOU BETTER BELIEVE IT....Nanti Sis story pasal ni in my next entry.....
 |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Sep-2010 12:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar-gambar tertunggak....stock clearance...
|
|
Assalammua’laikum dan Salam Syawal buat kawan-kawan yang masih nak berkunjung ke sini…( ada ka lagi yang sudi ??) Sebenarnya Sis banyak gambar yang nak diuploadkan tapi tuntutan masa menghalang Sis dari meng-update FP walaupun tiap hari Sis mengadap FB. Bukan apa, kalau nak upload kat FP ni kena edit lebih kurang, kena buat karangan lagi…So kenalah cari masa yang betul-betul senggang…contohnya pagi ni…Lagipun dalam musim raya ni….sibuk dengan rumah terbuka, bukan rumah Sis yang terbuka, rumah orang yang terbuka, jadi Sis “sibukkan” diri dengan makan la…..Tahun ni Sis betul-betul enjoy makan kat rumah terbuka….Memandangkan gambar yang Sis nak masukkan banyak, maka Sis dulukan gambar yang sebelum raya….edisi raya belum lagi, nanti next entry kita story, ok?
Let’s begin with step-by-step yang Sis nak share dengan adik-adik…Sis ni bukannya pandai dan pro macam “nama-nama besar” baker dalam FP, cuma home baker saja dan nak share dengan adik-adik yang home baker jugak la…mai tengok Ainin’s Marble dulu….
Ini hasilnya....
Marble Rona-Roni….yang ni Sis tak berapa minat buat pasal 3 warna tapi nampak cantik la kalau tekun…Sis buat adunan tak sama banyak jadi hasilnya kurang kemas...
Yang ni hasilnya...
Yang ni dah beratus biji Sis buat…Nak kata arif sangat tu idak le….tapi dah cekap berbanding masa “percubaan” dulu…..Cuma kena kurangkan sikit sukatannya pasal ikut resepi Sis sekarang ni (yang direka sendiri ), kek tu naik tinggi sangat dan hampir kepada api atas di dalam oven, so cepat hangit permukaan atas kek tapi taklah sampai menghanguskan kek….Dan tak payah nak worry so much becoz kek chiffon ni memang dah jadi resam kena diterbalikkan….Ini dah jadi macam kek trade-mark Sis and my mom-in-law angkat topi dengan kebolehan Sis dalam menghasilkan kek ni….
Kalau ikut pantang-larang dan petua, memang jadi...Tengok camni....
Flavour yang Sis minat...cappucino....
Buat Jumaat lepas bagi 3 orang putera Sis bawa ke sekolah untuk Majlis Hari Raya sekolah....Asalnya nak buat 3 biji...Dia orang dah siap request Oren, Pandan & cappucino tapi tak sempat....Maka 2 biji kena share 3 orang...
Yang ni aktiviti wajib, bukan saja pada musim raya. Baik hari raya, Chinese New Year, maupun Deepavalli, anak Sis mesti main bunga api…Stok bunga api sentiasa ada, pendek kata bila teringat nak main, mesti pergi main kat rumah tok….
Halaman rumah MIL yang menjadi “medan” bunga api they all…
Ini pun aktiviti wajib setiap tahun…..musim raya dia orang guna berus cat, kononnya nak tolong ayah, lepas raya dia orang guna pensil dan jadikan wall tu drawing pad…..Tengok aksi anak dara tunggal Sis…Bila dah dok celah abang-abang, tak perasan ada terselit sorang pompuan, nasib baik rambutnya panjang…..
Hubby dan 5 anak Sis punya favourite, cuma Boo Boo saja belum menunjukkan minat lagi….mungkin pasal masak cili…kalau buat sup, tak tau nak kata….Sis memang confirm tak makan.....
Ini pulak Sis masak guna isi, lemak dan urat, pasal hubby suka makan gulai daging cincang…Sis cuma makan isi dan ubi saja…Biasanya lemak tu Sis buang tapi hubby tak tau….he he he…Bila dia dah tau, dia “perintah” suruh masak macam ni….
Kali ni tak sempat buat award...yang pasti buat Nurul....I won't forget...next entry...okey??? Bye...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Sep-2010 09:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Di penghujung Ramadhan...
|
|
Lama woo tak masak…kalau ikutkan gambar-gambar kat bawah ni, tarikh tu 22 Ogos, maka hari tu la yang last Sis masak. Hari-hari kemudiannya semua beli, bukan kerana takda stok barang dapur, dan bukan juga kerana malas…sebaliknya Sis demam, batuk, selsema dan sakit kepala…macam pakej…Jadi 2-3 hari tu memang tak mampu nak buat kerja rumah, melainkan mendobi dan mencuci pinggan-mangkuk. Worst comes to worst bila anak bongsu Sis pun demam tak kebah sampai 4-5 hari…hinggakan darah keluar dari hidung akibat terlalu panas…Tapi Alhamdulillah masa buat entry ni, Sis dah recover dan Baby Boo Boo intan payung Sis pun dah reda demamnya….Barulah CERIA rumah kami yang hampir seminggu “malap” tanpa suara lantang dia menjerit atau membentak abang-abang dan kakaknya…Sis pun dapat lena yang cukup kerana dia tidur nyenyak sejak semalam….
Ini masakan terakhir Sis sebelum Sis dan Boo Boo sakit….Lauk favourite Sis…., masak lemak….Kalau makan kat R&R kat highway pun, Sis akan cari masak lemak, apatah lagi kalau makan kat kedai-kedai yang menghidangkan nasi Melayu….Selalunya Sis guna ikan curut tapi kali ni Sis guna ikan gelama. Sehari sebelum tu Sis beli gelama ni cuma RM2.90 sekilo…kat nelayan yang baru balik dari laut..
Yang ni pulak, dua jenis masakan sayur yang menggunakan “leek”, entah apa namanya dalam Bahasa Melayu tapi mak dan auntie Sis panggil “sayur bawang”. Satunya Sis masak goreng belacan….
Keesokannya Sis goreng bawang putih saja, pasal tu Sis namakan Leek & Tauhu Goreng Sempoi. Masakan cara ni so far the best pada tekak Sis kerana keaslian rasa leek tu kekal…
Hmmmmm…ni memang favourite kami anak-beranak except hubby Sis pasal dia anti-manis…Anak Sis si Jaja siap hirup macam sup……
Yang ni pun all-time-favourite…( hubby kena dok jauh-jauh pasal tak masuk geng….)
Ni yang Sis masak sehari sebelum update entry ni….Yang simple tapi sedap…dan yang penting anak-anak suka pasal tak pedas….
“Sllllllrrrpppp….you won’t want to stop even at the last drop….” Agaknya kalau Sis nak buat bisnes laksa besar-besaran…ini tag yang akan Sis gunakan….Laksa ni memang my signature dish…Tak kisah la kalau orang lain tak cakap apa, yang penting hubby Sis dan mom-in-law Sis cakap laksa yang Sis buat memang SUPERBBBB! Well…that’s it, dari siapa lagi kita nak harap compliment macam tu, kan?
Ini gambar candid anak dara tunggal Sis yang baru-baru nak belajar “make-up”….dah la tu, guna berus lukisan….maklumlah…emaknya “O.K.U.” peralatan make-up….Bagi abang-abang, ini pemandangan yang “luar biasa” pasal dia orang jarang-jarang dapat lihat “fenomena” macam ni dalam rumah…..
Sue...rasanya nasib baik bulan Ramadhan ye...kalau tak rasanya Nani dah pecah pintu rumah Sue......,kan???? Kesian die....
| Quote: | Uikksss…apa ni….
Yuhuuuu raya sudah mari……Nantikan ceritanya dalam next entry…..
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Aug-2010 14:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Juadah Iftar, Pertandingan Membuat Puding & Gubahan
|
|
Salam Ramadhan, harini dah pun 13 Ramadhan, maknanya sepertiga bulan yang penuh keberkatan ini telah kita lalui. Bila dah 13 hari ni, mulalah otak buntu nak fikirkan apa yang perlu dimasak waktu berbuka….Kalau ikutkan perut Sis, apa saja yang mengenyangkan, boleh dimakan ,tapi kesian pula pada anak-anak yang penat berpuasa seharian, takkan nak hidangkan nasi goreng…
Kalau beli, sudahlah mahal, belum tentu sedap….tambahan pulak yang berniaga setahun sekali….Baru ni Sis beli 5 bungkus soya panas. Masa buka puasa tak minum, masa lepas Isya’ nak minum, soya tu dah basi…..Tak semua peniaga macam tu…ada juga yang berniaga setahun sekali, tapi tetap sedap dan berpatutan….Masalahnya tak banyak gerai yang macam tu…Kita yang nak tukar selera ni asyik terkena….
Gulai ikan kering ni, mak mertua Sis bagi….Kalau guna rempah Adabi, memang sedap. So far brand lain tak berapa “mengancam” pada pendapat Sis tapi Sis jarang masak gulai ikan kering pasal anak-anak tak suka….
Daging burger ni sebagai “lauk tambahan” untuk anak-anak kerana gulai ikan kering bukan favourite dia orang….
Sis tak pernah masak kobis panjang, ini first ime. Itupun pasal Sis beli kat Cameron baru-baru ni. Sis tambahkan dengan taugeh Cameron, sekadar nak “timbulkan” warna saja….
Sis beli setengah kilo santan pagi hari tu…kononnya nak buat tempeyek, tapi malas pulak, so Sis buat Bingka Pandan ni. Tak sabar sangat nak potong walaupun Sis tahu, kuih ni kena tunggu sejuk…Akibatnya….nampak comot la kuih tu….Apapun…rasanya superb, as usual…, kalau ada bijan sikit, mesti lebih sedap…..Kredit untuk Mama FaMi kerana share resepi ni. Mak dan mak saudara Sis kagum betul dengan kebolehan Sis membuat Bingka Pandan ni….pasal rasanya betul-betul sedap. Mudah pula nak membuatnya.
Yang kat bawah ni ialah gambar-gambar yang Sis ambik masa pertandingan membuat puding kat rumah Sis baru-baru ni…
Sis tak masuk, sekadar ambik gambar saja, seronok tengok idea-idea yang kreatif.
Lagipun Sis tak berapa cekap buat puding ni tapi kalo Sis buat puding belang kak Madiha tu mesti peserta-peserta akan rasa “terancam”….he he he…
Rugi Sis tak khatam caranya betul-betul…dari kak Madiha
Pertandingan Gubahan pun ada….
Dulu Sis “champion” bab ni tapi sekarang Sis dah bersara…..Skill pun dah berkarat rasanya. Dari masa Sis kawin, hinggalah adik kedua dan ketiga kawin, semuanya Sis handle bab “gubahan” ni….lepas ni sorry la…..tapi kalau dicabar masak untuk kenduri kawin, Sis mungkin berminat….Berkobar rasanya nak menyahut cabaran tu…
Hai Sue….,kamu lagi….mesti marah si Nani kerana terpaksa bagi balik “tiara” ratu yang sempat dipegangnya cuma 5 hari saja kat Sue….
| Quote: | Resepi ni untuk rujukan Sis Sendiri...
GULAI IKAN MASIN TUMIS DARAT
300gm isi & tulang ikan talang masin – potong kecil, cuci & rendam sekejap untuk kurangkan masin
6 sudu besar serbuk kari ikan masin Adabi – campurkan sedikit air untuk jadikan pes ( 2 peket kecil )Sedikit minyak masak
Bahan-bahan:
3 biji ubi kentang – buang kulit dan potong baji
1 batang lobak merah – potong serong
4 keping nanas – potong bulat dan belah dua
2 biji terung bulat – belah empat
Bahan kisar :
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Sedikit serbuk perasa
Air asam jawa secukupnya
Bahan Tumis Darat
2 tangkai daun kari
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar – hiris nipis
- Panaskan sedikit minyak, masukkan pes rempah kari ikan masin. Kacau hingga garing. Masukkan bahan kisar, kacau rata.
- Masukkan santan cair dan ikan masin. Masak di atas api sederhana hingga ikan masak.
- Masukkan kentang dan lobak merah terlebih dulu, tunggu hingga ubi masak, kemudian masukkan nanas dan terung
- Masukkan santan pekat, serbuk perasa dan air asam jawa.
- Di dalam kuali berasingan , panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis darat. Kacau hingga terbit bau dan curahkan ke dalam periuk gulai ikan kering. Biar mendidih dengan api sederhana sekejap
- Sedia untuk dihidangkan
KOBIS PANJANG GORENG BELACAN
¼ biji kobis panjang – potong 3sm x 3sm
Sedikit minyak masak
Garam dan sedikit serbuk perasa
Bahan Kisar
2 labu bawang besar
10 tangkai cili kering – potong kecil, cuci dan rendam seketika
¼ keping belacan
2 sudu besar udang kering
- Panaskan minyak, masukkan bahan tumis
- Biar mendidih, masukkan kobis. Kacau hingga kobis layu sedikit
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
- Sedia untuk dihidangkan
DAGING BURGER GORENG BERCILI
Bahan-bahan:
10 keping daging burger – belah 2 dan goreng
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang serai – dititik
1 labu bawang besar - dihiris
Garam, gula dan sedikit serbuk perasa
Bahan kisar
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
- Panaskan minyak, masukkan serai dan goreng hingga terbit bau, masukkan bahan kisar
- Tunggu hingga cili masak, masukkan daging burger yang telah digoreng
- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan hirisan bawang besar. Kacau hingga sambal kering. Sedia untuk dihidangkan. |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Aug-2010 15:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pasar Ramadhan 253km....
|
|
Mencari makanan di Pasar Ramadhan sejauh 253KM? Mesti kedengaran macam pelik, kan? But that’s the truth….Jarak 253km tu Sis tak pasti betul atau tidak, tapi jumlah kilometer tu Sis dapat dari GPS, yakni jarak dari rumah Sis ke sana. Ke mana? Mana lagi kalau bukan tempat yang paling Sis gemar di Malaysia…Cameron Highlands…..
Sis tak merancang langsung sebenarnya…..pagi Sabtu 14 Ogos tu, Sis sibuk macam biasa dengan kerja-kerja mencuci dan mengemas hingga ke pukul 3 petang, tiba-tiba Sis teringat nak ajak hubby ke Butterworth untuk beli bahan-bahan membuat biskut raya. As usual,sepersalinan baju memang Sis akan bawa kalau Sis keluar dari daerah tempat tinggal Sis…Setelah siap beg pakaian dan beg susu serta pampers Boo Boo maka kami bertolak keluar lebih kurang jam 4 petang. Masa menyeberangi Penang Bridge tu, cuaca dah mula redup…so Sis cakap kat hubby, apa kata kalau berbuka dekat padang berhampiran resort di tebing Sungai Perak…Kami pernah berbuka di sana tahun lepas … Masa tu, bukan kami saja tapi ramai yang lain yang sama-sama berbuka beralaskan surat khabar. So, hubby pun cakap, since cuaca redup macam tu, seronok juga kalau jalan jauh…Boleh juga melawat seorang sepupu yang tinggal di sana….
Bila sampai saja Kuala Kangsar, hujan lebat mula turun…At that time, timbullah idea “gila” untuk terus ke Pasar Malam di Cameron Highlands kerana Sis dah lama mengidam Udang Goreng Tepung yang so far Sis rasa paling sedap yang Sis pernah makan. Maka ….kami drive keluar melalui exit Simpang Pulai….Dari situ Sis yang drive hingga ke Brinchang….Kalau hubby yang drive, agaknya sampai awal la sikit tapi Sis yang drive….maka…jam 8.30 malam baru sampai….Ini gambar pertama yang diambil sebaik saja tiba….Entah bila Hotel Merlin ni bertukar nama ke Cameron Highlands Hotel….
Memang eloklah la kan….habit Sis yang suka menyimpan sepersalinan baju kami sekeluarga bila keluar dari daerah tempat tinggal Sis….Kononnnya nak balik malam tu juga lepas makan…tapi “tertidur” semalam di sana….Actually, masa tu, bila Sis tengok suasana agak lengang dek kerana kekurang tourists, maka Sis teringat nak call kawan lama Sis untuk bertanya kalau-kalau ada orang menginap di apartmentnya. Dah lama betul tak ada peluang nak stay di sana kerana apartmentnya selalu occupied….Dan dengan sewa RM50, kami dapat apartment 3 bilik ni….
Dah lama tak rasa kesejukan yang macam ni di Cameron Highlands, mungkin hujan di luarnya menyumbang kepada suhu yang agak rendah dari yang Sis rasa during our last visit beberapa bulan lalu….3 anak Sis ni tertidur depan tv selepas layan cerita First Target kat TV2 malam tu….
Suasana lengang yang jelas dapat dilihat waktu malam dan keesokan harinya masa Sis singgah untuk beli sayur di Kea Farm. Kalau bukan di Bulan Ramadhan….suasana kat sini tak macam ni….Nampak sangat orang Melayu yang paling ramai ke Cameron Highlands, jadi bila masuk bulan puasa….environment di sini turns different….
Yang ni macam dah jadi “agenda wajib”….4 kotak macam ni cuma RM10 which is agak murah Sis rasa….berbanding dengan harga masa peak season….
Ehem…ehem…mana boleh tak ada entry pasal makanan, kan? Menu berbuka semalam…ini masak sendiri tau, dah tak beli dah…
Buncis dan capsicum ni Sis beli kat Kea Farm…anak-anak suka kalau goreng macam ni….
Sis paling suka makan karipap inti sadin berbanding inti udang, daging atau ayam….Sis buat 500gm tepung, dapat 30 biji….
Tengok kak Madiha buat bisnes karipap frozen, hati Sis membuak-buak nak buat juga….tapi karipap kak Madiha dikelim kemas….Sis guna acuan karipap je….
Fuyo…akhirnya Suhaya Berjaya merampas takhta setelah beberapa kali kena “turun tangga”….Nanti jangan lupa “bawa troli” untuk angkut ye Sue…..Tengkiu…tengkiu….
| Quote: | Resepi di bawah ni dimasukkan untuk rujukan Sis sendiri…
DAGING KURMA
500gm daging – potong kecil, cuci dan toskan
5 biji ubi kentang – buang kulit dan potong baji
6 sudu besar rempah kurma – campurkan sedikit air untuk jadikan pes ( atau 2 peket kecil )Sedikit minyak masak / minyak sapi
Air secukupnya hingga daging empuk
Bahan A – kisar halus
6 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan B
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
2 helai daun pandan – disimpul
Bahan C
½ tin susu cair
1 sudu besar kerisik
1 ketul kiub pati ayam Maggi
2 tangkai cili hijau – dibelah dua
2 biji tomato – dibelah empat
2 labu bawang besar – dibelah empat
Sedikit daun pudina
Garam dan air asam jawa secukup rasa
- Panaskan minyak/minyak sapi, tumis semua Bahan B dan bila terbit bau, masukkan pes kurma. Kacau sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging. Kacau sebati hingga daging kecut sedikit.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata. Biar mendidih, kemudian tambah air.
- Masak di atas api sederhana hingga daging empuk dan tambah air bila perlu.
- Bila daging empuk, masukkan ubi kentang bersama sedikit air.
- Renehkan hingga ubi masak.
- Kecilkan api, masukkan Bahan C. Reneh sekejap sambil mengacau perlahan-lahan. Tutup api.
- Hias dengan daun pudina segar semasa menghidang.
BUNCIS & CAPSICUM GORENG TELUR BERKUNYIT
250gm kacang buncis – potong serong sepanjang 3cm
1 biji capsicum – potong kecil
Sedikit minyak masak
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
2 biji telur
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil Maggi Secukup Rasa
Sedikit garam
- Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan buncis dan capsicum. Kacau sekejap sampai buncis bertukar warna, pecahkan telur.
- Kacau rata, masukkan serbuk kunyit, serbuk Maggi Secukup Rasa dan garam. Sedia untuk dihidangkan.
KARIPAP SADIN
Bahan kulit karipap :
500gm tepung gandum
150gm majerin – cairkan
200ml air ais
1 sudu kecil garam halus ( larutkan didalam air ais )
- Gaul majerin cair dengan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti
- Masukkan larutan garam dan air ais. Uli hingga licin.
- Tutup dengan plastik dan rehatkan ½ jam
- Taburkan tepung dan canai, kemudian masukkan inti secukupnya, kelim kemas.
- Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
- Keluarkan dari kuali setelah kulit karipap menjadi kekuningan. Toskan dan sedia untuk dihidang.
Bahan inti sadin :
1 tin besar sadin – buang tulang dan sosnya, ramas hingga hancur
1 labu bawang besar – potong dadu
2 tangkai cili merah – hiris nipis
5 biji limau kasturi - diambil airnya
½ sudu kecil garam halus
- Campurkan semua bahan dan gaul sekata. Tapis atau perah untuk buang lebihan air bagi memudahkan proses mengisi inti ke dalam kulitnya |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 13-Aug-2010 11:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kek Pisang Sempoi & Menu Ramadhan 2
|
|
Memandangkan semangat nak berFP tu muncul kembali.....maka banyaklah idea nak berceloteh dan bila nak update entry, dengan sendirinya mood mengambik gambar tu datang balik....Selamat Berpuasa untuk kawan-kawan yang baru "melawat" ke sini....
Sejak Ramadhan 1, Sis belum masak untuk berbuka mahupun sahur....masih lagi membeli....Bukan kerana malas nak masak...tapi kerana tak ada stok yang lengkap untuk memasak. Agaknya hubby Sis akan anggapkan itu satu alasan, sedangkan Sis boleh drive ke pasar, apatah lagi dalam bulan puasa ni, waktu pagi Sis agak lapang kerana tak perlu prepare lunch....Tapi sebenar-benarnya...ialah Sis malas nak ke pasar. Memang ada sebabnya....Memandangkan kalau Sis ke pasar, Sis kena usung budak bertiga, termasuk Boo Boo yang makin suka "memandai" sekarang ni, Sis risau kalau-kalau Sis terlepas pandang. Selain atas sebab keselamatan, pasar kat tempat Sis banyak najis anjing....so Sis prefer pergi sorang...at least Sis tak perlu mengawal pergerakan budak-budak tu maka kenalah tunggu esok (Sabtu) dimana hubby tak bekerja, so Sis dapat ke pasar dengan amannya dan memulakan "ekspedisi" memasak Sis. Jadi sementara Sis rajin ni, kita layan dulu gambar menu berbuka Ramadhan 2 ni....
Nasi goreng tak sedap tapi ayamnya sedap....
Lepas dah makan kenyang....hubby Sis langkah saja keluar rumah untuk solat Terawih, kami bertujuh habiskan semangkuk ais krim ni.... Tapi Sis makan sikit saja.....
Ini kek pisang yang Sis buat pada hari pertama puasa. Sis teruja nak buat sejak tengok Ida Marlida tayang kat FP dia....Pisang tu pulak Sis dah beli sejak Ahad lepas, baru ada "kekuatan" nak buat. Bukan apa, kalau fikiran Sis terganggu, seluruh sistem dalam badan seolah-olah lumpuh dan masa tu, jangankan nak buat kek, memasak dan kerja rumah pun Sis tak boleh buat....Itulah kelemahan Sis....
Sis buat 2 biji kek ni....( 2 adunan ) tapi ada cerita lawaknya. Masa sukat gula, Sis tengok Ida cuma tulis "1 cawan gula" tapi tak dinyatakan "gula pasir atau gula castor". Time tu Sis dah teragak-agak nak guna gula apa... So Sis bantai je guna gula castor. Lepas sukat, Sis terasa macam banyak pulak, so Sis buang sikit. Hasilnya kek Sis kurang manis....Tapi Sis dah check dengan Ida keesokan harinya, Ida cakap dia guna gula pasir....Whatever it is...kek ni lembut dan sedap...Terima Kasih Ida...sebab sudi kongsi resepi...
Actually kalau ikutkan tekak Sis, memang tak lalulah nak makan kek bulan puasa ni...lagipun bila masa nak makan. Masa buka puasa dah makan nasi dan kuih...Tapi anak-anak Sis yang kecik-kecik ni tolong habiskan dan anak ketiga Sis juga makan masa sahur...Tak sia-sia la Sis buat, kan?
Ini award kedua untuk Nani....dan ada cabaran Sis yang perlu Nani sahut lepas ni....Apa cabarannya, kita tengok le nanti....Nani...jangan lupa gantung tinggi-tinggi ye award ni....
| Quote: |
MOIST BANANA CAKE
Sumber asal : Ida Marlida
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda ( Ida letak 1 sudu kecil )
Bahan B
2 biji telur
1 cawan gula pasir
½ sudu kecil esen vanilla ( Ida guna 1 sudu kecil )
½ sudu kecil esen pisang ( yang ini Sis tambah )
Bahan C
4 biji pisang - hancurkan ( Ida guna 3 biji )
½ cawan minyak masak ( Sis guna minyak jagung )
Sedikit badam keping ( sliced almond ) - jika suka
- Sapu baking tin dengan minyak dan panaskan oven pada suhu 175 darjah (terpulang pada jenis oven )
- Ayak Bahan A dan ketepikan
- Putar Bahan B hingga kembang, kemudian masukkan pisang , putar lagi
- Perlahankan kelajuan mixer, masukkan Bahan A. Kaup-balik dengan sepatula, putar hingga sekata.
- Masukkan minyak, putar sekejap sahaja hingga adunan sebati.
- Tuang ke dalam baking tin, taburkan sliced almond.
-Bakar selama 40 minit ( bergantung pada jenis oven ) |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Aug-2010 12:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lunch Terakhir Sebelum Ramadhan & Hari Anugerah Cemerlang
|
|
Salam 1 Ramadhan....
Lama sungguh tak update ye...agaknya ada tak lagi kawan-kawan yang sudi nak jenguk nanti? Sebenarnya takda bahan...dan 2-3 minggu lepas laptop pulak rosak...Bila re-set semua gambar terpadam...Sedih betul Sis..Bila dah hilang geram...here I am....
First sekali...selamat berpuasa ya...harap-harap kita dapat sama-sama menjalankan ibadah ini di bulan yang penuh keberkatan dengan hati yang sabar...
Ini Sis nak share gambar lunch menjelang Ramadhan semalam...kiranya lunch terakhir sebelum Ramadhan la....Ketiga-tiga menu ni siap dalam masa sejam, sekali dengan masak nasi dan goreng ikan ( gambar ikan tak ambik le...). Ayam masam manis ni dah selalu buat...all time favourite la katakan....
Yang ni untuk my hubby...resepinya macam biasa, cuma cara masak tu, Sis ikut cara Nani...merah menyala sambalnya....memang nampak menyelerakan, tambahan lagi kalau makan dengan nasi panas....Thanks Nani...
Yang ni simple ja...cara orang malas...tapi sedap....Sis boleh habiskan sepinggan....
Yang ni antara entry tertangguh...Anak kedua Sis, MUHAMMAD ISQANDAR ZULKARNAEN masa Hari Anugerah Cemerlang di sekolah pada 3 Julai yang lepas....Perasaan Sis bercampur-baur masa ni...suka, bangga, sedih, tertanya-tanya pun ada....
Masa terima hadiah dari Yang Dipertua PIBG sekolah yang juga merupakan ayah long dia...
Perasaan suka kerana seronok melihat kejayaan anak, perasaan bangga kerana inilah kali pertama Sis melalui perasaan macam ni....bila lihat anak terima anugerah di pentas, perasaan sedih kerana Sis tak sempat bagi emak Sis merasai perasaan yang sama waktu Sis bersekolah dulu....dan perasaan tertanya-tanya kerana anak Sis ni tiba-tiba macam disapa "Anjakan Paradigma"...Apapun...Sis amat bersyukur dan mendoakan kejayaan berterusan untuk semua anak-anak Sis...
Ini Sis buat malamnya sebagai hadiah buat anak Sis....
Memang nampak pun dah sedap....
Akhir sekali, ini untuk teman Sis yang merupakan "my shoulder to cry on"....Maaf ye Nani...lama sungguh ambik masa nak buat award ni tapi I know U understand me....
| Quote: |
RICH CHOC CAKE
Bahan A
120gm butter
200gm gula castor
2 biji telur
Bahan B
2 sudu kecil Nescafe ( cairkan dengan 1 sudu besar air suam )
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil choc emulco ( Sis guna chocolate compound )
Bahan C ( diayak bersama )
150gm tepung gandum
50gm serbuk koko
½ sudu kecil garam halus
1 ½ sudu kecil baking powder
120ml susu cair ( sejukkan dalam peti ais sebelum guna )
Chocolate Topping
Bahan-bahan :
½ tin susu pekat manis
50gm serbuk koko – diayak
50ml butter cair
1 sudu kecil vanilla
1 sudu besar serbuk Nescafe ( cairkan bersama 1 sudu besar air panas )
- Dengan menggunakan api kecil, panaskan susu pekat, kemudian masukkan serbuk koko.
- Jangan berhenti mengacau adunan, masukkan bahan lain.
- Kacau hingga adunan pekat dan berkilat.
- Curahkan segera ke atas kek
UDANG MASAK CILI
Bahan A
250gm udang hidup saiz sederhana –bersih dan toskan
30 tangkai cili kering – potong kecil, bersihkan, rendam sekejap dan kisar
Bahan B ( kisar halus )
2 labu bawang besar
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
Bahan C
1 sudu kecil Maggi Secukup Rasa
Ais asam jawa, garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Air secukupnya
- Panaskan minyak, tumis cili kisar. Tambah sedikit air jika perlu. Masak hingga terbit minyak
- Masukkan Bahan B yang telah dikisar. Kacau sekata dan didihkan dengan menggunakan api sederhana. Tambahkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki
- Masukkan udang serta Bahan C. Didihkan hingga udang masak
- Sedia untuk dihidang
BENDI GORENG TELUR BERCILI
10 batang bendi ( potong serong )
5 tangkai cili kering ( potong sepanjang 1 cm – cuci dan toskan )
2 ulas bawang putih – ( dihiris )
1 biji telur
Sedikit minyak masak
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil “Maggi Secukup Rasa”
Sedikit garam
- Panaskan minyak, goreng cili kering hingga sedikit garing dan masukkan bawang putih, kacau hingga kekuningan, kemudian masukkan bendi, kacau sekejap.
- Pecah telur, masukkan serbuk kunyit, Maggi Secukup Rasa dan garam secukupnya
- Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Jul-2010 14:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Sarapan & Rapat 1 Malaysia
|
|
Assalammua’laikum…..Salam pagi Isnin buat kawan-kawan yang mungkin “menjenguk” ke sini….Terima kasih pada yang masih sudi bertanya khabar, melalui FP, FB, e-mail dan ada juga yang sms bertanya ke mana menghilangnya tuan punya FP ni….Sebenarnya tak ke mana-mana, ada di sini….masih mampu “menghirup udara” walaupun kadang-kadang terasa seolah bernafas dalam air… Well………life must go on….
Kali ni I nak berkongsi beberapa “rupa” breakfast I. Waktu pagi, 3 orang anak dan hubby takda di rumah…,yang tinggal cuma I, Jaja, Nurul dan Boo Boo. So breakfast kami biasanya yang ringkas-ringkas saja pasal I selalu skip breakfast….tapi menu yang ni merupakan sandwich yang I memang tak boleh tahan tengok, tak kiralah untuk breakfast, lunch, tea, dinner mahupun supper. Asal nampak saja…mesti “ngap” sampai 4-5 keping baru boleh stop…baik tuna mayonis, mahupun sandwich sadin…memang all time favourite….
Pastu, yang ni pula jenis telur hancur dengan hirisan sosej bercampur lada hitam dan white bread buatan sendiri yang dimakan dengan mayonis. Paling cepat disediakan dan cukup sesuai waktu “malas….”
Yang ni breakfast time rajin la….Chocolate Bun yang I buat baru-baru ni, kerana nak menghabiskan tepung high protein…Pasal apa bentuk macam mushroom? Pasal I gunakan acuan aluminium…so bila roti naik, bentuknya jadi macam cendawan….Sedap di makan panas-panas cicah kopi “O”….Jarang boleh makan breakfast macam ni pasal jarang benar nak dapat “mood” membuat roti sebenarnya….
Yang ni aktiviti luar kami sekeluarga pada 27 Jun yang lepas…Rapat 1 Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Pulau Pinang.
Macam-macam ada….makanan, pameran, acara paint-ball, peraduan mewarna, acara pentas, senamrobik dan cabutan bertuah…
Tengok warna langit yang “menyumbang” kepada kehadiran I untuk turut serta. Kalau cerah langitnya…mesti panas, kan? In that case, I prefer to be at home saja……Bila dah redup macam kat bawah ni...boleh la nak join aktiviti luar....
Antara yang menarik perhatian pengunjung hari tu.....
Actually I jarang terlibat dengan aktiviti macam ni sejak ada Baby Boo Boo tapi memandangkan hari tu cuacanya redup….maka I pun “mengheret” jugaklah diri I ke sana…. Ada yang best dan ada yang tak best….Yang bestnya pasal dapat hamper Lucky Draw. Besar jugak hampernya, seronok budak-budak bila dapat hadiah yang macam tu. Yang tak bestnya ialah sepatutnya boleh bawa pulang dua hamper tapi kelayakan yang satu lagi terbatal sebab lewat lari ke pentas....Frust jugak awalnya tapi lepas tu dapat juga satu…. alhamdulillah...
Yang ni untuk Cik Sue yang dah lama I tak buat....mak budak ni rajin bertanya khabar...thanks Sue....
Itu sajalah yang nak share kali ni....entah bila pula nak "timbul" lepas ni but...selagi ada yang sudi berkunjung ke sini, insyaAllah...
| Quote: |
TUNA SANDWICH
Beberapa keping roti sandwich
Sedikit majerin/butter
1 tin kecil “Tuna Flakes in Oil”
3 sudu besar mayonis
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil garam halus
Daun salad secukupnya
Tomato dihiris nipis
Timun dihiris nipis
- Asingkan isi tuna (buang minyak) kemudian campurkan mayonis, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. Kacau rata.
- Sapu majerin/butter pada roti, letakkan salad, timun, tomato dan tuna mayonis.
- Sedia untuk dihidangkan
TELUR LADA HITAM DENGAN SOSEJ
3 biji telur
2 batang sosej – hiris nipis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 sudu besar butter/majerin untuk menggoreng
Sedikit mayonis
Roti putih secukupnya
- Panaskan kuali dan cairkan 2 sudu besar butter / majerin , kemudian goreng sosej hingga keperangan
- Masukkan telur, serbuk lada hitam dan garam, kacau rata sekejap sahaja dan tutup api
- Hidangkan panas-panas bersama roti putih dan mayonis
CHOCOLATE BUN
Bahan A
480gm tepung high protein ( tepung roti )
20gm serbuk koko
100gm gula pasir
1 sudu kecil Bread Improver
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar susu tepung
11gm yis segera ( guna 1 peket yang jenis Mauripan )
Bahan B
80gm majerin / lemak sayuran ( shortening )
250ml air suam
1 biji telur ( pukul sedikit )
- Gaul rata bahan A
- Masukkan bahan majerin/shortening, uli sebati.
- Masukkan bahan C. Uli hingga jadi doh yang licin.
- Tutup dengan plastic cling dan biar doh mengembang lebih kurang 45 minit.
- Lepas 45 minit, tumbuk sikit doh untuk keluarkan angin, timbang 50gm dan susun dalam dulang.
- Sapu dengan susu cair
- Jarakkan lebih kurang 2 inci agar roti kembang sempurna. Rehatkan doh lagi 30 minit-45minit.
- Bakar 180 darjah selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing
-Sapu sedikit majerin di atas roti sebaik sahaja dikeluarkan daripada oven untuk menghasilkan permukaan roti yang berkilat. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jun-2010 20:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Making a comeback.....
|
|
Salam buat kawan-kawan…, moga masih ada yang sudi menjenguk ke sini walaupun tuan rumah ni “lenyap” sekejap. Actually bukanlah “lenyap”, cuma masa tu dalam proses “pengasingan sementara”. Banyak yang berlaku…insan biasa macam kita ni, ada pasang-surutnya…Kita tak boleh lari dari masalah, tekanan dan gangguan fikiran…, maka anggapkan saja itu satu dugaan kerana Allah sayangkan kita dan mahu kita dekatkan diri dan ingat padaNYA….Alhamdulillah…sedikit demi sedikit ketenangan tu datang juga kembali….
Well…terfikir juga…apa yang nak “dikongsi” dalam entry kali, ni. Ada la sikit-sikit gambar. Jom tengok…..Gambar ni diambil 2-3 minggu lepas semasa kenduri dekat rumah…Handsome wooo “mamat” ni walaupun dia agak “kurang mesra”. Dalam majlis ni dia tukang bagi bunga telur….memang tergugat jugaklah hati anak-anak dara yang ada di majlis hari tu. Makcik-makcik pun sama teruja. Dengar khabar, pengantin lelaki tu kawan baik Aqasha, juga seorang pelakon drama. Patut le tengok macam kenal saja si pengantin tu….tapi gambar pengantin tak ambik la….Kalau tak silap pernah tengok dia berlakon dalam Rona-Roni Makaroni……teringat lak kat Marble Rona Roni I tu ye….emmmm dah lama tak buat….sedap jugak dimakan masa sejuk-sejuk ni……
Yang ni pulak gambar anak-anak kat Fort Cornwallis, Penang. Masa ni kami sekeluarga makan Mee Sotong yang famous kat situ. Gambar mee tak sempat ambik pasal lapar sangat…..Layan ja gambar budak-budak. Tengok la anak dara I yang sorang tu…. Al-maklumlah… Rose among thorns kan, paham-paham sajalah....
Membelek benda yang jarang-jarang dapat tengok...
Hmm…yang ni pulak kucing adik I yang entah apa namanya…I ni bukanlah anti binatang tapi memang tak gemar dengan apa juga jenis binatang. Hinggakan time makan, I tak boleh tengok kalau kat tv ada gambar binatang, mesti tak lalu makan. Satu lagi tabiat I ialah membaca sambil makan…., then bila selak-selak bahan bacaan tu ada gambar binatang, mesti terputus selera…tak tau pasal apa. Sedangkan hubby I pulak “chenta” abih dengan kucing, same goes to anak-anak yang suka bermain dengan kucing….especially Baby Boo Boo…..
Ini makanan yang paling sedap kalau sejuk-sejuk dan musim hujan macam ni. I jatuh cinta dengan maggi sup ni masa first time makan kat Kea Farm di Cameron Highlands, kat gerai sorang kakak tu, entah apa nama kedainya, dia masih berniaga sampai hari ni dan since 10 tahun lalu, I tetap akan singgah makan maggi sup dia setiap kali berpeluang ke sana.
Award untuk adinda yang dikasihi, my shoulder to cry on...Azura....
Award yang I ambik dari Nuri….thanks Nuri…dah gantung ni…..
| Quote: | | RESEPI MAGGI SUP NI, BIASA-BIASA SAJA...THOSE YANG TAK GEMAR PERENCAH AYAM YANG BANYAK BAHAN PERASA, BOLEH LA BUAT CARA NI...CUMA NAK SHARE MAGGI SUP AYAM "Ainin's Way"... |
| Quote: | MAGGI SUP AYAM
Bahan-bahan :
1 ulas bawang putih – hiris nipis
2 sudu besar minyak masak
2 ½ cawan air
½ ketul kiub Pati Ayam Maggi
1 biji telur
1 peket maggi ( jangan guna perasa)
Sawi & fishball secukupnya
Garam dan serbuk lada putih
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga terbit bau, masukkan air dan kiub pati ayam;
- Biar menggelegak, masukkan telur. Bila telur separuh masak, asingkan telur, masukkan maggi dan fishball;
- Masak maggi hingga lembut, kemudian masukkan sawi dan garam secukup rasa. Kacau sekejap hingga sawi layu, tutup api.
- Hidangkan panas bersama telur dan taburkan serbuk lada putih.
Ini resepi roti putih yang diminta oleh Zaliedana dan Ida Marlida tempohari. Sorry ya pasal lambat masukkan resepi ni….
WHITE BREAD
Bahan A
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam halus
350gm tepung high protein ( tepung roti )
150gm tepung gandum
Bahan B
2 sudu besar shortening
Bahan C
300gm air
- Campurkan semua Bahan A dan kacau rata
- Masukkan bahan B, gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit
- Uli hingga menjadi doh yang licin.
- Tutup bekas dengan tuala lembap dan biar doh mengembang 45 minit.
- Keluarkan doh dan tumbuk doh untuk keluarkan angin, bentukkan semula di dalam acuan roti sandwich.
- Tutup dengan tuala lembap dan biar mengembang sekali lagi selama 45 minit-1 jam.
- Panaskan oven 160-170 darjah ( bergantung pada oven masing-masing ) dan bakar 50 minit - 1 jam
- Sejukkan roti sepenuhnya sebelum dipotong. Simpan di dalam bekas tertutup untuk elakkan roti menjadi kering dan keras.
Kaedah Breadmaker :
- Masukkan air, shortening dan garam, diikuti bahan-bahan lain.
- Masukkan tepung dan akhir sekali (lapisan teratas ) masukkan yis.
- Set Breadmaker pada fungsi doh.
PERNAH TERBACA DALAM MAJALAH YANG ROTI PERLU DIMASAK PERLAHAN-LAHAN MENGGUNAKAN SUHU RENDAH UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG BAIK. |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-May-2010 09:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu memasak masa malas...
|
|
Ada ke lagi yang menjenguk ni??? Asyik jumpa kat "rumah" lain je...Anyway FP masih tetap pilihan I sebab orang yang obsess dengan gambar makanan macam I ni, masih prefer FP berbanding FB...
Seminggu dua ni I cuma masak yang biasa-biasa, takda yang sempoi pun. Aktiviti pun tak banyak, pasal hubby sibuk dengan kerja, termasuklah hujung minggu...For example arini...hubby terlibat denga aktiviti gotong-royong yang dianjurkan jabatan, boring..boring..Tapi hari ni ada masa nak update FP kerana even though hari cuti dan semua anak-anak ada kat rumah tapi I tak payah nak masak kerana hubby akan habis kerja jam 1 tengahari dan lepas tu ada kenduri kat sini....Actually plan asal sejak semalam ialah.. I nak masak nasi hujan panas dan daging kurma....Sedapnya...lama tak makan...Tengoklah...esok agaknya...
Minggu lepas I kerap buat roti benggali a.k.a. roti tawar a.k.a. roti putih. Ada harinya I buat 2 buku sehari. Biasanya kami akan makan dengan telur hancur atau hanya spread dengan butter saja dan taburkan sikit castor sugar...Ada jugak sekali tu I try masukkan toasted oat dalam adunan roti tu. Sedap dan aromanya masa dibakar tu betul-betul tempting.
Ini pula ikan tongkol ni dimasak atas permintaan hubby yang tengah "mengidam"....
Baru-baru ni I sibuk layan FB hingga ke tengahari, tengok-tengok jam dah pukul 1.30 dan anak-anak dah dekat nak balik sekolah. Maka I masaklah lauk ni pasal ini merupakan satu-satunya lauk favourite anak-anak dan proses nak memasaknya tak sampai 30 minit...
Mushroom ni mak I bagi sampai 6 peket...lepas goreng, sejat saja minyak, tup tup hilang...Goreng lagi, hilang lagi...hinggalah bila selesai 6 peket tu, ini saja yang tinggal untuk "orang dapur" makan...
Kek zebra lagik....
Budak ni dah lama tak jadi "early bird"....Jangan lupa gantung ye...
| Quote: |
IKAN TONGKOL MASAK SERAI BERCILI
Bahan A
2 ekor ikan tongkol saiz kecil – bersihkan dan potong 3 bahagian setiap ekor
20 tangkai cili kering – potong kecil, bersihkan dan rendam sekejap, kemudian kisar halus
Bahan B ( kisar halus )
2 labu bawang besar
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
Bahan C
1 sudu kecil Maggi Secukup Rasa
Ais asam jawa, garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – hiris nipis
Air secukupnya
- Ikan digaul dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak,masukkan serai yang diketuk, goreng seketika hingga terbit bau kemudian tumis pes cili. Tambah sedikit air jika perlu. Masak hingga terbit minyak
- Masukkan Bahan B yang telah dikisar. Kacau sekata dan didihkan dengan menggunakan api sederhana. Tambahkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki
- Masukkan Bahan C. Didihkan seketika, kemudian masukkan ikan dan bawang besar yang dihiris.
- Kacau rata. Sedia untuk dihidang |
|
|
|
|
|